suria

Penempatan Pegawai Pada Pilihanraya Sarawak Berdasarkan Keperluan

KUCHING: Penempatan pegawai dan anggota polis pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibuat berdasarkan keperluan semasa, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis akan memastikan penempatan pegawai dan anggota yang bertugas tidak berlebihan bagi mengelakkan pembaziran anggota bagi sesuatu lokasi dan operasi.

"Kita akan menambah anggota bertugas semasa pilihan raya DUN Sarawak tetapi kita akan kenalpasti keperluan dulu," katanya kepada pemberita selepas taklimat dan mesyuarat persediaan pilihan raya DUN Sarawak di ibu pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak di sini Isnin.

Beliau berkata setakat ini polis sedang memperhalusi jumlah sebenar pegawai dan anggota yang bakal bertugas pada pilihan raya itu.

Pilihan raya DUN Sarawak bakal menyaksikan 71 kerusi DUN dipertandingkan dan penggal kerajaan sekarang akan berakhir pada Julai 2011. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain