suria

RM6 Juta Dibelanjakan Bagi Baikpulih Kondo Rakyat Lembah Pantai

KUALA LUMPUR: Kira-kira 90 peratus kerja membaik pulih dan menyelenggara Kondo Rakyat Lembah Pantai di sini telah siap melibatkan peruntukan hampir RM6 juta bagi memberi keselesaan kepada kira-kira 15,000 penghuninya.

"Cat pun dah cat, 10 lif pun dah buat, tinggal menyiapkannya sahaja," kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kepada pemberita selepas melancarkan program Berkhatan Perdana di kawasan perumahan itu, Ahad.

Raja Nong Chik berkata kawasan penempatan lain yang diselenggara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Wilayah Persekutuan turut diberi peruntukan seperti itu.

"Banyak lagi tempat-tempat lain, perumahan-perumahan kos rendah lain di Wilayah Persekutuan yang di bawah selenggaraan DBKL, perumahan awam, atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga telah dapat peruntukan," katanya.

Raja Nong Chik berkata bagi projek perumahan kos rendah swasta yang bukan di bawah selenggaraan DBKL, pemilik dan penduduk boleh memohon peruntukan tambahan di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Milik AKIM

Artikel Lain