suria

Mayat Nelayan Vietnam Ditemui

PASIR PUTEH: Mayat seorang nelayan warga Vietnam berusia 24 tahun yang dipercayai lemas dua hari lalu ditemui terapung di sini, Ahad.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Komander Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata mayat Tuan Hoang Be ditemui di 5.2 batu ke timur Kuala Tok Bali kira-kira lapan batu dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh dan lemas.

Mayat itu yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju ditemui pada kira-kira pukul 1.10 petang.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Anis, dekat sini untuk bedah siasat. Tuan Hoang Be dilaporkan lemas dua hari lalu ketika sedang membaiki kipas bot dalam air bersama dua rakannya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Milik AKIM

Artikel Lain