Drama Keranda Kecil Di Konvensyen DAP Pulau Pinang - Semasa | mStar

Drama Keranda Kecil Di Konvensyen DAP Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Perwakilan yang menghadiri Konvensyen DAP Pulau Pinang terkejut apabila bekas Ketua Bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, membawa sebuah keranda kecil untuk Timbalan Setiausaha DAP Chong Eng,Ahad.

Teh, yang lebih mesra dengan panggilan Sakura Teh, tiba di pintu masuk tempat persidangan di Dome, Komtar, pada kira-kira 1.30 tengah hari tetapi dihalang oleh pegawai keselamatan yang bertugas di situ.

Bagaimanapun, Teh kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau kecewa dengan Chong, yang juga Anggota Parlimen Bukit Mertajam, kerana menuduhnya sebagai dalang di sebalik usaha menjatuhkan kepimpinan parti.

"Saya telah keluar dari parti awal tahun ini dan kenapa dia (Chong) masih mengaitkan saya dengan parti dan sebagai dalang untuk menjatuhkan kepimpinan parti," katanya.

Menurutnya beliau tidak lagi menjadi ahli parti selepas menjadi muflis.

"Saya kini sebagai pekerja biasa di pasar. Sebalik membantu saya, pemimpin DAP masih menuduh saya sebagai orang yang mahu menghancurkan parti," katanya.

Di atas kerandan kecil itu, Teh menulis perkataan: 'Hope that everything that you've done will success' (Harap apa yang anda lakukan akan berjaya).

Selepas gagal menyerahkan keranda kecil itu, katanya, beliau akan cuba menghantarnya ke rumah Chong pada malam ini.

"Saya akan pastikan bahawa keranda kecil ini berada di hadapan rumah Chong esok," katanya.

Semalam sebuah laporan berita portal (Free Malaysia Today) memetik Chong sebagai berkata bahawa Teh merupakan dalang di sebalik komplot menjatuhkan kepimpinan parti itu.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain