suria

Nazri Pandang Enteng Sindiran Perkasa

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memandang enteng sindiran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa kononnya beliau sanggup merendahkan maruahnya dengan bertemu Wee Meng Chee atau Namewee di Parlimen, Khamis.

Malah beliau tidak peduli dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Mohd. Zahid Md. Arip itu kerana menganggap sesiapa sahaja bebas bersuara tetapi berada dalam batas undang-undang.

"Saya muka tebal. Saya tidak peduli masalah itu kerana kita menghormati kebebasan bersuara. Tapi apa yang saya buat semua itu adalah betul. Tidak ada yang salah.

"Asalkan saya tidak lakukan perkara yang melanggar undang-undang, ia adalah okey," katanya kepada mStar Online, Sabtu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd. Zahid sebelum itu yang menyelar tindakan Mohamed Nazri yang meluangkan masa menemui Namewee di Parlimen pada hari yang sama.

Namewee mengunjungi Mohamed Nazri bagi meminta kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysianya.

Pemuda kontroversi itu meminta bantuan peruntukan RM1 juta daripada kerajaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain