suria

Lima Warga Asing Ditahan Di Brickfields Tanpa Dokumen Perjalanan

KUALA LUMPUR: Lima warga asing ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah di sekitar Brickfields malam tadi.

Mereka yang diserahkan kepada Jabatan Imigresen kemudiannya adalah antara 32 orang termasuk lima wanita yang berusia 13 hingga 50 tahun yang ditahan secara rambang kerana berkelakuan mencurigakan, termasuk melepak secara berkumpulan, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Brickfields, Asisten Supritendan (ASP) Suzalani Shafie yang mengetuai operasi itu.

Beliau berkata selain itu 10 pelajar yang berusia antara 13 dan 17 tahun turut ditahan dalam operasi yang bermula 10 malam hingga 1 pagi tadi yang disertai lapan pegawai dan 70 anggota.

"Kesemua pelajar terbabit dibebaskan selepas maklumat mereka direkodkan, malah ibu bapa masing-masing juga sudah dihubungi," katanya.

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang positif dadah turun ditahan di kalangan mereka yang ditahan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain