suria

Perdagangan Malaysia-Korea Dijangka Berganda Dalam Lima Tahun

PUTRAJAYA: Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka meningkat dua kali dalam tempoh lima tahun daripada US$60 bilion sekarang ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedua-dua negara bersetuju menggalakkan saling pelaburan, khususnya oleh syarikat-syarikat Korea yang telah mempunyai kehadiran di Malaysia, bagi eningkatkan pelaburan semula masing-masing.

Katanya Malaysia bersedia menyokong dan enyediakan insentif kepada mereka bagi tujuan ini.

"Kita percaya bahawa hubungan dua hala kita akan menjadi lebih kukuh berikutan lawatan Presiden Republik Korea Lee Myung-bak," katanya.

Najib berkata demikian pada sidang media bersama bersempena lawatan negara Lee Myung-bak di sini Jumaat.

"Kita telah menyaksikan lonjakan 34 peratus di segi perdagangan dua hala berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas. Kita percaya matlamat mencapai matalamt meningkatkan dua kali perdagangan dua hala boleh dicapai di dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Katanya kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengkaji kemungkinan menjalin Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia dan Korea Selatan yang berasingan bagi melengkapi FTA Asean-Korea Selatan, yang telah dijalin.

"FTA Asean-Korea Selatan telah menyediakan rangsangan kukuh bagi dilaksanakan pelaburan perdagangan antara Asean dan Korea Selatan. Kita percaya, jika dijalin FTA dua hala berasingan, ia tentunya akan meningkatkan hubungan dua hala," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain