suria

Malaysia Berminat Kaji Kepakaran Korea Selatan Dalam Teknologi Nuklear

PUTRAJAYA: Malaysia berminat mengkaji kepimpinan pengetahuan Korea Selatan dalam teknologi nuklear, termasuk reaktor nuklear pintar atau reaktor nuklear berskala kecil," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tindakan susulan perlu dilakukan, dan oleh itu kami mencadangkan penubuhan Majlis Perniagaan Malaysia-Korea Selatan supaya sektor swasta kedua-dua negara boleh meneroka dan berbincang cara dan kaedah untuk meningkatkan usaha sama antara mereka," kata Najib pada sidang media bersama Presiden Korea Selatan Lee Myung-Bak, di sini.

Malaysia juga sedang mengenal pasti kekuatan yang dimiliki oleh syarikat Korea Selatan dalam teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui, selain teknologi altenatif, katanya.

Kedua-dua negara memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) lewat tahun lepas mengenai Pertukaran Kerjasama dan Maklumat Teknikal dan Keselamatan Nuklear dan Radiasi.

Pada mesyuarat dua hala awal Jumaat, kedua-dua pemimpin berkongsi pandangan bahawa tenaga nuklear boleh memain peranan penting sebagai sumber tenaga selamat, berkekalan dan kurang pencemaran.

Lee dan Najib juga bersetuju meningkatkan kerjasama penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan seperti yang dipersetujui pada MoU 2009. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain