suria

Kementerian Pelancongan Kaji Kemungkinan Beri Insentif Cukai Untuk Hotel

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan kini mengkaji kemungkinan memberikan insentif cukai untuk hotel sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam tahun bagi membolehkan mereka meningkat dan memperbaharui imej hotel di negara ini.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata ini selaras dengan matlamat kementerian untuk mencapai sasaran 36 juta pelancong yang memberi pulangan hasil RM168 bilion menjelang 2020.

"Kami sedang berbincang dengan Persatuan Pemilik Hotel Malaysia, bekerjasama dengan mereka untuk mengkaji kemungkinan membenarkan syarikat mendapat insentif cukai berdasarkan sebuah hotel dan bukan berasaskan sebuah syarikat," katanya ketika berucap pada pelancaran 'Sunway Toyland Christmas Show Lights' di sini, Khamis.

Beliau berkata pada masa ini sesebuah hotel hanya diberi tiga kali insentif cukai.

"Hotel perlu sentiasa berada dalam keadaan baik dan baru, permaidani yang cantik dan tidak jemu mata memandang serta diterangi cahaya lampu yang menarik, jadi kita boleh menarik lebih ramai pelancong," katanya.

Beliau berkata menaiktaraf sesebuah hotel itu adalah penting untuk mencapai sasaran perolehan 35 peratus hasil oleh industri pelancongan daripada aktiviti membeli belah menjelang 2020. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain