Dua Beranak Pengusaha Dobi Di Terengganu Rentung Dalam Kebakaran - Semasa | mStar

Dua Beranak Pengusaha Dobi Di Terengganu Rentung Dalam Kebakaran

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu dan anak perempuannya yang sedang nyenyak tidur maut apabila rumah kedai sewa mereka di Kampung Batu Enam, Manir, terbakar malam tadi.

Mayat Nor Laila Yaacob, 41 dan anaknya Nor Hidayu Kauzi, 19, dari Kubang Kerian, Kelantan, ditemui dalam keadaan rentung dalam kebakaran pada 11.30 malam tadi.

Kebakaran di sebelah sebuah stesen minyak itu memusnahkan kedai dobi milik Nor Laila selain turut memusnahkan dua lagi premis perniagaan iaitu kedai menjual perisian komputer dan kedai kosmetik.

Nor Laila dan anaknya dipercayai terperangkap dalam bilik tidur dan kedua-dua mayat ditemui berdekatan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Mohd Fauzi Muda berkata pihaknya mendapat panggilan pada 11.32 malam tetapi ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, api sudahpun memusnahkan sebahagian rumah kedai berkenaan.

"Punca kebakaran masih disiasat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. Aanak sulung Nor Laila, Mohd Badrul Kauzi, 23 ketika ditemui, berkata beliau berada di Kota Baharu, Kelantan ketika dimaklumkan pihak polis mengenai kejadian.

Mohd Badrul berkata kali terakhir beliau menemui ibunya ialah seminggu yang lalu. Menurutnya jenazah ibu dan adiknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Demit, Kubang Kerian, sebaik bedah siasat selesai. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Doktor Klinik Swasta Di Tawau Mati Dibunuh

Artikel Berikut

Generasi Kedua Felcra Dibantu Miliki Rumah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.