suria

Kampung Di Tawau Sekali Lagi Dilanda Banjir

TAWAU: Setiap kali hujan lebat, Kampung Pasir Putih di sini dilanda banjir, dan yang terbaru berlaku awal hari ini.

Hujan lebat semalam menyebabkan kampung itu dinaiki air sehingga 1.5 meter pada 3 pagi tadi.

Seorang penduduk, Asis Badde, 55, merayu agar kerajaan segera mengambil langkah menyelesaikan masalah yang sering berlaku itu.

"Mujurlah rumah saya di kawasan tinggi, jika tidak barang-barang kami akan musnah," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa penduduk sibuk membersihkan lumpur di rumah masing-masing. - BERNAMA

Artikel Lain