suria

Exco Pendidikan Selangor Akan Adakan Sidang Akhbar Berkaitan Isu Biasiswa Yayasan S'gor

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor Dr Hajah Halimah Ali akan mengadakan satu sidang akhbar khas pagi Jumaat untuk menjelaskan beberapa isu berkaitan dengan pinjaman pelajaran dan biasiswa pendidikan Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Setiusaha Kerjanya, Nur Kamarina Mohamad Ibrahim, sidang akhbar tersebut akan turut dihadiri oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor dan Pengerusi Kolej Inspen.

Katanya, sidang akhbar tersebut akan diadakan di Tingkat 3, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan SSAAS, di sini pada jam 9.30 pagi.

Isu berkaitan pemberian biasiswa pelajaran Yayasan Selangor telah mencetuskan perbalahan dan perbahasan hangat di Dewan Undangan Negeri berkenaan baru-baru ini apabila ada beberapa ahli dewan yang tidak puashati dengan pengagihannya dengan mendakwa tidak sampai 20 orang penerimanya adalah dari kalangan bukan Bumiputera sedangkan ia dikatakan terbuka kepada semua kaum.

Mereka mendakwa, ini berlaku kerana maklumat mengenainya tidak disebarkan secara menyeluruh ke seluruh negeri.

Artikel Lain