suria

Bekas Jurugambar NST Dihukum Penjara 9 Bulan

KUALA LUMPUR: Bekas jurugambar the New Straits Times, Chen Yu yang pernah memenangani anugerah jurugambar terbaik telah dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas dia mengaku bersalah mencabul kehormatan tiga budak lelaki yang berumur antara 14 dan 15 tahun Jun tahun ini.

Majistret, Nor Azah Kasran menjatuhkan hukuman tersebut selepas Chen Yu mengaku bersalah terhadap tiga dakwaan mencabul kehormatan remaja berkenaan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu menjelang tengah malam di dalam ruang tamu sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Jalan Klang Lama.

Chen, turut didenda RM2,000.

Artikel Lain