suria

Seorang Maut, Empat Cedera Di Rembau

REMBAU: Seorang terbunuh manakala empat lagi cedera setelah kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terbalik ke dalam longkang di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi dekat sini malam Selasa.

Polis berkata penumpang Perodua Kembara itu Mahawa Ab Rani, 52, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Mereka yang cedera dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Mereka dikatakan dalam perjalanan ke utara apabila kemalangan itu berlaku kira-kira 9.20 malam apabila kereta mereka dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Proton Saga BLM menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas.

Kereta Proton itu melanggar penghadang lebuh raya sebelum sebuah kereta Honda City merempuhnya dari belakang.

Pemandu dan penumpang kedua-dua buah kereta itu terselamat. - BERNAMA

Artikel Lain