suria

Pembinaan Jambatan Ke Pulau Bum Bum Tetap Dilaksanakan - Shafie

SEMPORNA: Projek pembinaan jambatan dari tanah besar Semporna ke Pulau Bum Bum akan tetap dilaksanakan walaupun ia akan mengambil sedikit masa.

Kerajaan akan melantik juruperunding bagi meneliti semua perkara berkaitan projek itu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Janji Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan ditunaikan. Jadi jangan ada kebimbangan. Saya tahu banyak (bermacam-macam) cerita tersebar dan ada yang mengutus surat. Tapi yakinlah kerajaan akan melantik juruperunding," katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Lonjakan Prestasi 3P (Pendidikan, Pembangunan dan Perubahan) anjuran Yayasan Pelajaran Mara, di sini pada Selasa.

Program itu dikelolakan oleh Gabungan Pelajar dan Pendidik Daerah Semporna (Gapas). - BERNAMA

Artikel Lain