Dr Mahathir Puji MAHA 2010

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memuji dan mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensi dibawahnya atas kejayaan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2010 (MAHA).

Menyifatkan pameran tahun ini sebagai lebih besar dan baik, katanya beliauamat tertarik dengan kualiti buah-buahan dan corak pembungkusannya yang disifatkan sebagai bertaraf dunia.

Dr Mahathir berkata demikian dalam laman webnya chedet.co.cc, Selasa.

Katanya pelbagai jenis peralatan dan mesin yang dipamerkan pada MAHA 2010 boleh membantu perusahaan kecil, antaranya mesin membuat roti dengan ramuan beras atau gandum.

Katanya beliau tertarik khususnya dengan pameran mengenai industri ternakan lembu.

"Haiwan ini adalah besar seperti haiwan ternakan negara Eropah. Saya tidak fikir kita boleh bebas daripada mengimport daging lembu tetapi kita sebenarnya boleh menghasilkan sendiri sebahagian daripada daging lembu itu. "Saya menjamu makan tengah hari dengan hidangan stik yang dikeluarkan oleh seorang penternak tempatan dan dagingnya lembut dan enak," katanya.

Dr Mahathir juga mencadangkan supaya pihak penganjur memperbaiki serta mengambil perhatian dengan aduan mengenai pengangkutan ke Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor.

Menurut pihak penganjur, sejumlah 2.7 juta orang telah melawat pameran MAHA yang bermula 27 November hingga 5 Disember lalu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain