suria

Terowong SMART Ditutup Berperingkat Naik Taraf Lampu

KUALA LUMPUR: Terowong milik Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) akan ditutup secara berperingkat bulan ini bagi kerja-kerja menaik taraf lampu untuk keselesaan dan keselamatan pengguna.

Ketua Jabatan Operasi Tol dan Perhubungan Awam SMART Mohd Noor Mohd Ali berkata kerja-kerja berkenaan membabitkan penutupan dek atas dan bawah pada waktu tertentu yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa memantau informasi yang disebarkan oleh pihak pengurusan SMART dari semasa ke semasa melalui paparan mesej pelbagai(VMS)," katanya di sini Isnin.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan SMART di talian 1-300 88 7188. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zeti Tokoh Ma'al Hijrah 1432

Artikel Berikut

Artikel Lain