suria

Laluan KM67.5 Gua Musang-Loging Runtuh Lagi

GUA MUSANG: Kejadian tanah runtuh di Jalan Gua Musang-Lojing di Km 67.5 berulang lagi malam Khamis lepas mengakibatkan laluan itu ditutup dan tinggal selorong sahaja untuk digunakan.

Sebelum ini berlaku keruntuhan di KM 57 dan KM 71 di laluan berkenaan dua tahun lepas yang dipercayai berpunca daripada hakisan akibat hujan lebat pada musim tengkujuh.

Seorang penjawat awam, Kamarudin Ali, 43, berkata beliau baru menyedari kejadian itu pagi tadi apabila melihat pembentukan lubang luas di kawasanKm 67.5 itu.

"Saya memberhentikan kereta saya untuk melihatnya dan mendapati lubang itu terlalu dalam," katanya, Ahad.

Seorang pemandu treler, Musa Yusoff, 56, berkata kawasan itu sebelum ini telah mengalami runtuhan kecil dan semakin serius sejak beberapa hari lepas.

"Saya yang sering berulang alik dari Gua Musang ke Lojing bimbang beberapa kawasan lagi mungkin berdepan dengan kejadian yang serupa kerana ada tanda-tanda jalan telah merekah," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Zeti Tokoh Ma'al Hijrah 1432

Artikel Berikut

Artikel Lain