suria

Ku Li Panggil Sidang Akhbar...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dilucutkan dua pingat darjah kebesaran termasuk Darjah Kerabat (DK) oleh Sultan Kelantan semalam (Ahad) akan mengadakan satu sidang akhbar khas di kediamannya di Jalan Langgak Golf dekat Ampang pada jam 2 petang ini.

MStar Online dimaklumkan, sidang akhbar itu ada kaitan dengan peristiwa penarikan balik darjah-darjah kebesaran itu oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V.

Dua pingat kebesaran tersebut ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K)(Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I).

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuatkuasa 2 Disember lalu.

Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja sahaja.

Tengku Razaleigh, 73, adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Artikel Sebelum

Zeti Tokoh Ma'al Hijrah 1432

Artikel Berikut

Artikel Lain