suria

Khir Toyo Lepas Jawatan Ketua Pembangkang Selangor Serta Merta

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh berhubung kesalahan dalam pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo, akan melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor berkuatkuasa serta merta, demikian menurut laman web www.drkhir.com, Isnin.

Mohamad Khir, 45, anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti.

"Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri. Namun sebagai wakil rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform manapun sehingga mahkamah membuat keputusan," katanya laman webnya itu pada pukul 5.18 petang ini.

Mohd Khir, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, berkata apa yang diharapkan ialah perbicaraan itu didapat dijalankan secepat mungkin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zeti Tokoh Ma'al Hijrah 1432

Artikel Berikut

Artikel Lain