suria

Bengkel Kereta Musnah Dalam Kebakaran

KUANTAN: Sebuah bengkel kereta di Jalan Padang Lalang di sini terbakar menyebabkan kerugian hampir RM500,000.

Menurut pemilik bengkel berkenaan, Chen Wai Foong, 43, ketika kejadian 2 pagi itu, dia berada di rumahnya di Taman Muhibah, Bukit Bay Route, dekat sini, dan diberitahu oleh seorang rakannya.

"Sebaik tiba, saya lihat api marak terlalu pantas walaupun anggota Bomba dan Penyelamat sedang mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran.

"Perniagaan yang diusahakan lima tahun lalu musnah sekelip mata, saya kerugian hampir RM500,000," katanya ketika ditemui di sini Isnin.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuantan berkata punca kejadian masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zeti Tokoh Ma'al Hijrah 1432

Artikel Berikut

Artikel Lain