suria

Mercy Malaysia Berusaha Pertingkat Komitmen Sukarelawan

SHAH ALAM: Anda tidak semestinya seorang doktor atau mempunyai latarbelakang perubatan untuk menjadi sukarelawan dalam organisasi bantuan pemulihan.

Malahan, lebih 70 peratus daripada 7,000 sukelawan yang berdaftar dengan Mercy Malaysia tidakpun mempunyai latarbelakang perubatan, kata presiden pertubuhan itu, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus, Ahad.

Tiga puluh peratus selebihnya terdiri daripada paramedik, jururawat dan penolong kesihatan, kata beliau pada perjumpaan Hari Penghargaan Sukarelawan Mercy Malaysia di sini bersempena Hari Sukarelawan Antarabangsa.

Dr Faizal percaya Mercy Malaysia, yang mempunyai 500 anggota tetap, dan pertubuhan lain seumpamanya sedia memberi kemudahan kepada orang ramai untuk menyertai misi kemanusiaan.

Dr Ahmad Faizal berkata Mercy Malaysia sedang menjadikan pangkalan datanya lebih inter-aktif untuk berkomuikasi dengan sukarelawan secara lebih berkesan dan dapat memahami keperluan mereka dengan lebih baik.

Dr Ahmad Faizal berkata Mercy Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan kemanusiaan antarabangsa, berharap dapat menarik sukarelawan dengan kemahiran dalam bidang yang diberi fokus seperti pengurangan risiko, kesihatan dan komunikasi. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain