suria

Demo Air: Jalan Ke Istana Negara Dikawal Ketat

KUALA LUMPUR: Pasukan polis mengawal ketat jalan menuju ke Istana Negara pada Ahad dalam jangkaan satu perhimpunan mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai isu air di Selangor.

Kakitangan polis juga dilihat mengawasi di sekitar jalan berhampiran Masjid Negara di mana sekurang-kurangnya 2,000 orang telah berkumpul sejak pukul satu petang tadi untuk bergerak ke Istana Negara.

Ketua polis bandaraya Datuk Zulkifli Abdullah berkata beliau telah bertemu dengan Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memaklumkan bahawa perhimpunan itu belum diluluskan.

Pihak polis juga telah menahan tiga individu untuk disoal siasat berkaitan dengan perhimpunan itu.

Dalam pada itu, bertempat di Stadium Merdeka, lebih 500 ahli Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) berkumpul bagi memprotes penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Selangor.

Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin bagaimanapun menghantar lapan orang wakil dari gabungan itu untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Memorandum itu mengandungi 30 tuduhan penyalahgunaan oleh kerajaan negeri.

GAPS juga membuat bantahan terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Ketuanan Melayu.

[Berita selanjutnya selepas ini]

Artikel Berikut

Artikel Lain