Tiga Ditahan Selepas Terima Wang Tebusan - Semasa | mStar

Tiga Ditahan Selepas Terima Wang Tebusan

KUALA LUMPUR: Tiga orang, termasuk seorang wanita, ditahan di kawasan Rawang, dekat sini selepas menerima wang tebusan berjumlah RM30,000 bagi membebaskan seorang pelajar kolej swasta yang diculik sejak tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, penahanan itu dibuat selepas keluarga pelajar perempuan itu menyerahkan wang tebusan di kawasan Bukit Bintang hari ini.

Pelajar berusia 22 tahun itu diculik pada Rabu lepas di hadapan rumahnya di Selayang Baru kira-kira 5.45 pagi ketika menunggu rakannya untuk ke kolej di Petaling Jaya sebelum didatangi dua lelaki menaiki kereta.

"Keluarga menyedari kehilangannya apabila suspek menghubungi mereka (keluarga) beberapa jam selepas kejadian untuk meminta wang tebusan berjumlah RM30,000," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata keluarga mangsa, yang bimbang dengan keselamatan pelajar berkenaan, membuat laporan polis pada Rabu lepas mengenai kejadian dan panggilan ugutan itu.

"Selepas itu, polis telah merancang dengan keluarga mangsa untuk menetapkan tempat dan waktu untuk menyerahkan wang itu," katanya. Abdul Rahim berkata selepas keluarga menyerah wang tebusan dan mangsa dibebaskan, polis mengekori tiga suspek itu dengan seorang suspek lelaki menunggang motosikal manakala dua lagi suspek termasuk seorang wanita menaiki kereta Toyota Avanza.

Beliau berkata polis menahan suspek yang menunggang motosikal di lampu isyarat Tesco Rawang dan dua suspek lagi ditahan kira-kira 500 meter dari Tesco menghala ke arah Rawang pada kira-kira 3.05 pagi dan merampas wang tebusan itu dari dalam kereta.

"Kesemua suspek berumur lingkungan 20-an itu masing-masing merupakan pekerja kilang, petugas di pejabat peguam dan penganggur," katanya.

Mereka ditahan reman bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga Rentung Kereta Rempuh Treler Di Rembau

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.