suria

Polis Temui Kereta Hilang Dengan Kesan Tembakan

KUALA LUMPUR: Sebuah Proton Waja yang dilaporkan hilang pada Ahad lepas di Sri Petaling dijumpai di kawasan lapang di Segambut Dalam tengah hari tadi dengan terdapat kesan tembakan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, polis menjumpai kereta itu yang mempunyai kesan tembakan di bahagian kiri pintu belakang setelah dimaklumkan oleh orang awam.

Kereta itu ditemui oleh orang awam pada pukul 12 tengah hari tadi dan dan lapan minit kemudian polis tiba di lokasi dan mendapati setompok cecair berwarna merah, dipercayai darah di kerusi belakang kereta itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Wan Bari berkata, kereta itu kini ditempatkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk pemeriksaan lanjut bagi memastikan sama ada kereta tersebut terlibat dengan kegiatana jenayah.

Pemeriksaan turut dilakukan ke atas cecair merah itu, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain