suria

Kayveas Gesa Komuniti India Sertai MAHA

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas pada Sabtu menggesa mayarakat India di negara ini supaya mengambil bahagian dalam Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).

"MAHA mempamerkan teknologi inovasi terkini dalam bidang pertanian dan industri berasakan pertanian. Jadi masyarakat India di negara ini perlu merebut peluang yang disediakan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Terdahulu itu, Kayveas mengetuai 100 ahli parti melawat pameran MAHA 2010 di Serdang, dekat sini.

Katanya kekurangan penyertaan masyarakat India pada pameran tahunan itu adalah kerana mereka kurang sedar dengan manfaat yang boleh diperoleh daripada pameran itu.

Beliau juga meminta semua ahli PPP supaya menyertai pameran itu tahun depan. - BERNAMA

Artikel Lain