Cadangan Pengenaan Levi Harus Diteliti Secara Mendalam:Muhyiddin - Semasa | mStar

Cadangan Pengenaan Levi Harus Diteliti Secara Mendalam:Muhyiddin

BOGOR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebarang cadangan untuk mengenakan levi ke atas rakyat Malaysia yang berjudi di kasino Singapura perlu dikaji dengan mendalam sebelum dilaksanakan.

Katanya, secara peribadi beliau memang tidak mahu menggalakkan sesiapapun untuk berjudi sama ada di Malaysia atau di Singapura.

Tetapi pada masa ini kerajaan tidak mengenakan sebarang sekatan kepada sesiapa yang pergi ke Singapura untuk berjudi, namun di Malaysia sekatan ada dikenakan ke atas orang Islam daripada ke kasino Genting Highlands.

"Saya tidak mahu mengatakan apa-apa (mengenai cadangan levi), kita kena kaji ini kerana kita tak mahu nanti Singapura mengatakan kita menyekat, menghalang, kita adalah sebahagian daripada Asean dan Asean sudah mengamalkan dasar perdagangan bebas, terbuka, pergerakan manusiapun tak boleh kita sekat dan halang.

"Kalau pilihan mereka ialah untuk berjudi, apa hal kerajaan nak menghalang dan sebagainya, apakah tindakan mengenakan levi itu munasabah?," katanya.

Muhyiddin diminta mengulas cadangan Pemuda BN dan Pemuda MCA Johor Baharu supaya kerajaan mengenakan levi kepada rakyat Malaysia yang berjudi di Singapura.

Ini untuk mengelakkan pengaliran wang negara ke republik itu selain mengatasi masalah sosial yang timbul daripada kegiatan itu.

Ada laporan menyebut bahawa pelbagai kemudahan seperti pengangkutan percuma, makanan dan wang saku ditawarkan pihak terbabit bagi menarik rakyat Malaysia menghabiskan masa dan wang di kasino republik itu.

Mengenai keputusan mewajibkan pelajar lulus subjek sejarah dalam peperiksaan SPM mulai 2013, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah mengarahkan sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk meneliti kandungan subjek itu di peringkat sekolah rendah dan menengah agar ia menyeronokkan.

Pakar-pakar dalam jawatankuasa itu akan mencari kaedah terbaik bagaimana menterjemahkan pensejarahan yang bukan hanya berupa subjek menghafal tarikh dan peristiwa masa lalu tetapi makna nilai sejarah dalam konteks masa kini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain