suria

Bas Ekspres Rempuh Rumah Di Pasir Mas

PASIR MAS: Seramai 11 penghuni sebuah rumah gempar apabila sebuah bas ekspres merempuh rumah mereka di Kampung Wakaf Merah, Tendong dekat sini pagi tadi.

Namun mereka bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu.

Namun anjung rumah tersebut ranap sementara sebuah kereta milik keluarga itu remuk.

Bas tersebut yang membawa 26 orang penumpang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju Kota Baharu.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku apabila pemandu bas berkenaan dikatakan mahu mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan yang sedang memotong sebuah lori.

"Akibat cuba mengelak dari melanggar kereta itu, pemandu bas itu hilang kawalan menyebabkan bas itu terbabas dan merempuh rumah berkenaan," kata Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Haliluddin Rahim. - BERNAMA

Artikel Lain