suria

Rumah Terbuka Deepavali Negeri Perak Ahad Ini

IPOH: Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Deepavali kerajaan negeri Perak yang akan berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Ampat, Hutan Melintang dekat Bagan Datoh, Ahad ini.

Pengerusi MIC Perak Datuk S. Veerasingam berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun berkenan berangkat menghadiri majlis berkenaan.

"Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan perpaduan antara kaum di negara ini," katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Beliau berkata majlis dijadual bermula pukul 4 petang dan selain menikmati pelbagai juadah, tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan serta cabutan bertuah.

Orang ramai juga dapat menggunakan peluang itu untuk beramah mesra dengan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan anggota Exco kerajaan negeri yang akan turut hadir, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain