suria

Remaja Mati Ditembak Lelaki Bermotosikal Di Ipoh

IPOH: Seorang remaja mati selepas ditembak seorang lelaki bersenjatakan pistol di depan sebuah pasar mini di Taman Bertuah, Kampung Tawas, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata, Regan a/l Mani, 17, mati di tempat kejadian akibat ditembak tiga das dari jarak dekat dalam kejadian pada 6.30 petang itu.

Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Azisman berkata siasatan polis mendapati penjenayah itu menaiki sebuah motosikal bersama seorang kawannya.

Ketika kejadian, Regan sedang minum bersama beberapa rakannya di hadapan kedai berkenaan, katanya.

Azisman berkata polis belum mengetahui punca kejadian.

Beliau meminta sesiapa yang melihat kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Ipoh di nombor telefon 05-2451500 untuk membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain