suria

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan Bantu Tangani Isu Pegangkutan

KUALA LUMPUR: Pindaan pada Akta Pengangkutan Jalan (RTA) dibuat pada masanya dan akan menyelesaikan banyak isu berkaitan infrastruktur pengangkutan darat dan kemalangan jalan yang mengakibatkan kematian, menurut Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) dan Persatuan Memperbaiki Mass Transit (TRANSIT).

Kedua-dua kumpulan penyokong itu berkata pindaan pada RTA tersebut, akan dibentangkan semula di Parlimen minggu depan, yang akan juga menyaksikan perubahan dalam cara rakyat Malaysia sebagai penggunan jalan raya.

Pindaan itu termasuk perkara-perkara berkaitan pendaftaran kereta elektrik, pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik untuk membanteras pemanduan merbahaya dan penubuhan Suruhanjaya Pengangutan Darat (SPAN).

"Pastinya sudah tiba masanya untuk Akta Pengangkutan Jalan dipinda termasuk tiga elemen penting yang menangani secara komprehensif keselamatan jalan dan masalah pengangkutan awam Malaysia yang dihadapi hari ini," kata Prof Madya Sabariah Mohamad dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pengarah MITRANS.

Beliau berkata pindaan itu bertujuan mendidik semula pemandu yang telah menyalahgunakan undang-undang lalulintas.

-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain