Doktor Palsu Ditahan Ketika Bantu Sambut Kelahiran Bayi - Semasa | mStar

Doktor Palsu Ditahan Ketika Bantu Sambut Kelahiran Bayi

KLANG: Seorang bekas tentera yang menyamar sebagai doktor sejak dua tahun lepas dan pernah membantu kelahiran sembilan bayi di sebuah klinik swasta di sini, ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, hari ini kegiatan lelaki berumur 41 tahun itu terbongkar apabila seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang bekerja di klinik berkenaan membuat laporan polis pada 11 November lepas mendakwa dia telah dicabul oleh suspek.

Lelaki itu yang berasal dari Sendayan, Negeri Sembilan sebelum ini sentiasa berpindah-randah dengan bekerja sebagai pakar perubatan di beberapa klinik di sekitar Lembah Klang bagi mengelakkan kegiatan liciknya dikesan.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, Mohamad Shukor berkata suspek ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi 22 Nov lepas ketika sedang merawat seorang pesakit yang hendak bersalin di sebuah klinik di Klang Utama.

"Selepas menerima aduan cabul pihak kami cuba mengesan suspek, bagaimanapun dia dikatakan pulang ke kampung untuk bercuti.

"Sebaik pulang dari bercuti kita berjaya mengesannya di sebuah klinik dan menahannya untuk membantu siasatan kes cabul," kata beliau.

Mohamad Shukor berkata siasatan lanjut mendapati suspek bukan seorang doktor dan hanya memiliki diploma pembantu perubatan dari sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan sebelum diterima masuk dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, suspek berhenti kerja pada 2006 semasa bertugas sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital tentera di Melaka dan sejak itu dia mula menyamar sebagai doktor di beberapa buah klinik.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki itu pernah melakukan penyamaran yang sama di Rawang dan Bestari Jaya.

"Suspek yang beristeri dan mempunyai sembilan anak kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyamar yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Empat Negeri Dapat Ketua Polis Baru

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?