suria

UiTM Perkenal Pendekatan Baru Dalam Program Diploma

PUTRAJAYA: Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan memperkenalkan pendekatan baru (second track) dalam melaksanakan program diploma apabila pelajar-pelajar semester ketiga akan diberikan pendedahan latihan teknikal dan keusahawanan.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelajar-pelajar yang memperolehi CGPA 2.75 ke bawah pada semester ketiga akan diserapkan di bawah program baru ini bagi membolehkan mereka didedahkan kepada latihan kemahiran berbanding akademik.

Pendekatan ini katanya adalah selari dengan tumpuan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Selain itu, Khaled turut mengumumkan perubahan pada struktur pentadbiran UiTM memandangkan saiz universiti itu yang semakin besar.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pra Pelancaran Program Pembiayaan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) di sini, Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain