suria

PM Akan Umum Satu Lagi Siri Projek ETP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan satu lagi siri projek-projek dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang akan disahkan pada Selasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala.

Beliau berkata pada 25 Okt lepas, Najib mengumumkan sembilan projek ETP yang disahkan semasa melancarkan ETP-Satu Pelan Tindakan bagi Malaysia.

"Pengumuman mengenai projek-projek yang disahkan itu membuktikan program ETP berjalan lancar," katanya kepada Bernama selepas menyertai program "Daily Focus" Bernama TV, di sini hari ini.

"Dalam kita melangkah ke tahun baharu, ada banyak projek yang disahkan," katanya.

Diketuai sektor swasta, ETP akan mengubah ekonomi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dengan keluaran dalam negara kasar perkapita sekurang-kurang RM48,000 menjelang 2020, dengan 74 peratus pertumbuhan ini dijayakan menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

ETP akan mewujudkan lebih tiga juta pekerjaan, majoriti daripadanya membabitkan pekerjaan berpendapatan sederhana dan tinggi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain