suria

Lelaki Bakar Diri Untuk Halang Bangunan Tambahan Kuil Diroboh Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki India yang membakar dirinya kerana membantah tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan sebahagian daripada setor sebuah kuil di Pusat Bandar Puchong pada 8 November lalu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, Selasa.

M. Chakragunasegaran,52, yang mengalami kebakaran teruk di muka dan badannya meninggal dunia pada jam 9.15 pagi - selepas 22 hari dirawat di hospital itu.

Dia meninggalkan isteri dan lima orang anak.

Adalah difahamkan, mendiang akan dibakar di Rumah Pembakaran Mayat di Kampung Tunku pada jam 12 tengah hari Rabu.

Dalam kejadian 8 November lalu,Chakragunasegaran telah membakar dirinya untuk menghalang lebih 200 kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis dan anggota Rela daripada merobohkan sebuah bangunan tambahan yang dijadikan setor dan bersambungan dengan Kuil Sri Srinivasa Perumal.

Artikel Sebelum

Artikel Lain