suria

Harga Petrol RON97 Naik 15 Sen

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam ini, menurut sumber hari ini.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain