suria

Chua Soi Lek Dilantik Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan P.Pinang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berkuat kuasa 15 November lepas.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, pelantikan Chua adalah untuk tempoh setahun iaitu sehingga 14 November tahun depan.

Beliau dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Tan Cheng Liang.

Menurut kenyataan akhbar itu lagi, pengalaman luas Chua sebagai bekas menteri kabinet dan exco kerajaan negeri Johor, akan memastikan fungsi SPPP dipertingkatkan sebagai badan kawal selia dan fasilitator kepada pembangunan dan perkembangan Pelabuhan Pulau Pinang.

Kerajaan yakin menerusi kepimpinan Chua, prestasi Pelabuhan Pulau Pinang akan dipertingkat dan kedudukannya sebagai pelabuhan utama negara dapat diperkukuhkan, jelas kenyataan itu lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain