Nicol Antara Penerima Anugerah Wanita Malaysia - Semasa | mStar

Nicol Antara Penerima Anugerah Wanita Malaysia

Datin Seri Rosmah Mansor bersama penerima Anugerah Penghargaan Kepada Wanita Malaysia 2010 (dari kiri) Datuk Azlina Che Abdullah, Datuk Khatijah Ahmad, Sia Ling Ling, Datuk Faridah Merican and Datuk Ruby Khong.
Datin Seri Rosmah Mansor bersama penerima Anugerah Penghargaan Kepada Wanita Malaysia 2010 (dari kiri) Datuk Azlina Che Abdullah, Datuk Khatijah Ahmad, Sia Ling Ling, Datuk Faridah Merican and Datuk Ruby Khong.

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David malam tadi dianugerahkan Anugerah Penghargaan Kepada Wanita Malaysia 2010 yang disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor

Turut menerima anugerah berkenaan ialah lapan individu lain yang cemerlang dan berjasa mengikut kategori masing-masing.

Nicol yang berjaya merangkul 50 gelaran kejuaraan sehingga kini merupakan penerima anugerah bagi kategori sukan selain Pengerusi Cempaka International Ladies College, Datin Freida Mohd Pilus (pendidikan) dan Pengasas The Actors Studio, Datuk Faridah Merican (seni dan budaya).

Lain-lain penerima termasuk Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya yang diwakili anak-anaknya (anugerah khas) juga Sia Ling Ling (kurang upaya), Setiausaha Jaringan Perkampungan Orang Asli Perak, Tijah Yok Chopil (kemanusiaan), President Kechara Soup Kitchen, Datuk Ruby Khong (Golden Heart), Datuk Khatijah Ahmad (usahawan korporat), Datuk Azlina Che Abdullah (usahawan swasta) dan Prof Dr Suhaila Mohamed (sains dan teknologi).

Dalam pada itu, Rosmah berkata, pepatah mengatakan ‘wanita adalah arkitek masyarakat’ sesuai menggambarkan kaum hawa hari ini yang memainkan peranan utama dalam membantu membentuk ekonomi dan landskap sosial negara.

“Ini kerana di kebanyakan negara berisiko tinggi di seluruh dunia, wanita menghulurkan sumbangan dengan besar dan berdiri di barisan hadapan bagi inisiatif politik, ekonomi dan proses damai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan menjelang akhir majlis tersebut. Hadir sama, Pengerusi Yayasan Mahkota, Tan Sri Dr Kamal Salih dan Ketua Penasihat Malaysian Children of Hope, Tan Sri Zaleha Ismail.

Anugerah berkenaan dianjurkan bersama oleh Yayasan Mahkota, MSP Communications Sdn Bhd dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Program dwi-tahunan itu terdiri daripada empat komponen iaitu ekspo dagangan, majlis anugerah dan malam gala amal, dialog, bengkel dan pameran khas.

Pada majlis itu juga, lelongan amal dikendalikan Chef Zam turut mendapat perhatian ramai dengan barangan eksklusif seperti lukisan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, kerongsang permata 1Malaysia Mouawad dan beg tangan kulit couture Sasha Rowena.

Kutipan daripada jualan amal itu disumbangkan kepada Yayasan Kanak-Kanak Malaysia dan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama).

Dalam pada itu, para tetamu juga dihiburkan dengan pertunjukkan fesyen daripada Datin Sharifah Kirana, Melvin Lam, Von Jolly Couture, Mix Soda, Sasha Rowena dan Mouawad.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.