suria

Kongres PKR Nasional: Wan Azizah Ingatkan Jangan Hancurkan Parti

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru ahlinya meletakkan prinsip kebenaran dan menjauhi budaya menghancurkan parti demi membawa perubahan negara pada hadapan.

Wan Azizah berkata, nilai dan prinsip berasaskan kebenaran perlu ditanam dalam diri setiap ahli supaya ia dapat memperkuatkan jati diri mereka dalam menegakkan perjuangan parti.

“Samalah masa saya jadi wakil rakyat semuanya kerana suami saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak kisah kalau orang nak kata apa pun, walaupun ada yang menghina, saya sedikit pun tidak merasa apa-apa.

“Hal ini kerana, kita pegang pada prinsip keadilan dan prinsip perjuangan. Peduli apa orang nak kata,” katanya ketika meyampaikan ucapan penggulungan penangguhan pada Kongres Nasional Tahunan PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Ahad.

Kata Wan Azizah, jika dulu ramai yang takut untuk menyertai PKR namun senario itu sudah berubah pada hari ini.

“Dulu siapa pun tak nak masuk PKR, tak nak jadi Ketua Cabang lagi lah jauh. Tapi hari ini alhamdulillah senarionya sudah berubah. Kerana apa, kita adalah parti yang ada harapan, parti yang ada masa depan.

“Janganlah kita hancurkan parti, kerana parti ini ada ramai orang muda. Anak-anak saya anda tuan puan-puan, anak-anak anda adalah anak-anak saya juga.

“Oleh itu, marilah kita bersatu, doalah supaya perjuangan parti kita untuk merubah masa depan negara yang lebih sempurna dimakbulkan” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain