suria

Dewan Rakyat Tolak Usul Bincang Kemelut Di Semenanjung Korea

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Isnin menolak usul untuk membincangkan tentang suasana tegang yang sedang berlaku di Semenanjung Korea.

Timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Ronald Kiandee memutuskan untuk menolak usul yang dikemukakan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) itu atas dasar ia tidak perlu disegerakan.

Katanya, kerajaan telah pun menyuarakan kebimbangannya mengenai keadaan di Semenanjung Korea dan meminta pihak-pihak berkenaan supaya mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh menyebabkan keadaan menjadi bertambah tegang dan menimbulkan ketidakstabilan di kawasan tersebut.

Bung Moktar Radin (BN-Kinabantangan) turut berpendapat usul berkenaan sepatutnya dibincangkan memandangkan ketegangan di Semenanjung Korea telah membabitkan kehilangan nyawa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain