suria

Budak Perempuan Mati Dirempuh SUV

KLANG: Seorang budak perempuan berusia dua tahun mati apabila dirempuh oleh kenderaan pelbagai guna sukan (SUV) yang dipandu oleh ayah saudaranya.

Kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 pagi pada Ahad apabila Lim Wai Choong, 30 sedang mengundurkan kenderaan daripada rumah abangnya untuk keluar bersama keluarga.

“Dia terdengar satu bunyi apabila mengundurkan kenderaan dan terkejut apabila melihat anak saudaranya, Lim Jia Ni sedang terbaring di belakang SUVnya menerusi cermin pandang belakang,” kata Ketua Polis Trafik Klang, Supritendan Rosli Rahman.

Rosli berkata, kanak-kanak tersebut dikejarkan ke Hospital Seri Kota bagaimanapun meninggal dalam perjalanan.

“Dia mengalami kecederaan serius di kepala akibat kemalangan itu,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain