suria

Usahawan Maut Kemalangan Jalan Raya

KUALA LUMPUR: Seorang usahawan dari Shah Alam dipercayai maut akibat serangan sakit jantung selepas terlibat dalam satu kemalangan di kawasan perumahan Kajang Utama dekat sini malam Sabtu.

Tan Shik Cin, 41, yang terbabit dalam kemalangan apabila keretanya terjunam dalam longkang sedalam 20 meter setelah kereta yang dipandunya terbabas, dipercayai mati di tempat kejadian, menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar.

Beliau berkata Tan dipercayai meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung, dan bukannya kerana kemalangan.

Ketika kejadian Tan sedang memandu kereta Mercedes Benznya berseorangan, dan beliau dilaporkan hilang kawalan kereta yang dipandunya sewaktu menuruni bukit di kawasan tersebut pada pukul 8.30 malam Sabtu, katanya.

"Mangsa kemudian memasuki jalan bertentangan sebelum keretanya terjunam ke dalam longkang itu," kata Che Husin.

Beliau berkata mayat Tan kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain