suria

Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Di Padang Besar

PADANG BESAR: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya apabila motosikalnya dirempuh dengan sebuah kereta di Kilometer 14, Jalan Bukit Keteri, dekat sini, malam Sabtu.

Mangsa, Mohd Faizal Saidin,25, dari Kampung Sungai Serai, dekat sini terbunuh di tempat kejadian akibat dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md Dros berkata, kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah Bukit Keteri ke Padang Besar menggelak sebuah bas yang sedang berundur menyebabkan kereta itu hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

"Kereta itu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan," katanya.

Bagaimanapun, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dan badan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain