suria

Kongres Wanita PKR: Zuraida Kekal, Gan Pei Nei Muka Baru

PETALING JAYA: Zuraida Kamaruddin berjaya mengekalkan jawatan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk tempoh dua penggal berturut-turut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang mendapat 5,835 undi sekaligus mengetepikan cabaran Animah Ferrar dan Suraya Sudin.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Tetap, Hasnah Yahya selepas memperoleh keputusan rasmi daripada Jawatankuasa Pemilihan Parti.

Jawatan Timbalan Ketua Wanita pula berjaya dimenangi oleh Rodziah Ismail yang juga penyandang kerusi nombor dua sayap tersebut dengan mendapat 6,515 undi.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita, ia dimenangi oleh Gan Pei Nei yang juga muka baru dengan memperoleh 4,363 undi.

Sementara Haniza Talha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan dan Nor Sham Abu Samah turut mengekalkan jawatan masing-masing bagi jawatan Naib Ketua Wanita.

Seramai 20 ahli Majlis Pimpinan Wanita turut dipilih pada pemilihan kali ini. Mereka terdiri daripada, Daroyah Alwi, Chua Yee Ling , Nurin Aina, Juwairiya Zulkifli

Ain Eusoff, R. Yogeswari, Salmah Ismail, Fathmawaty Ismail, Armila Alias dan Roziyah Hamzah.

Turut berjaya dipilih ialah, Tan Poh Lai, Ramlah Bee, Halimah Mamat, Norhesni Ismail, Nurhanim Mohksein, Juliana Jusit, Vasanthi Ramalingam, Sarimah Lisut , Felisia Ling dan Nanie Jamil.

Dua jawatan dipertandingkan ialah Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-kira.

Seramai 115, 777 ahli Wanita PKR layak mengundi namun hanya 9,689 orang atau 8.37 peratus yang melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pemilihan sayap parti itu kali ini.

Artikel Lain