Kematian Tun Dr Lim Satu Kerugian Kepada Negara - Muhyiddin - Semasa | mStar

Kematian Tun Dr Lim Satu Kerugian Kepada Negara - Muhyiddin

GEORGE TOWN: Pemergian mendiang Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia Rabu lepas, adalah satu kerugian besar kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pemergian Dr Lim adalah satu kerugian besar bukan sahaja kepada Pulau Pinang tetapi kepada Malaysia di atas jasa dan sumbangannya.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Dr Lim di Dewan Sri Pinang di sini hari ini, Muhyiddin berkata Dr Lim adalah pengasas pembangunan Pulau Pinang yang moden kerana banyak usaha yang telah dilakukannya untuk membangunkan negeri ini sebagai sebuah negeri perindustrian.

"Kita tidak melihat dalam konteks Pulau Pinang sahaja tapi untuk negara juga banyak sumbangan yang mendiang berikan. Dalam soal politik juga kita tahu mendiang adalah salah seorang pengasas kepada Barisan Nasional, pandangan beliau sentiasa diambil kira dari sudut bagaimana hendak meningkatkan hubungan kerjasama antara kaum.

"Pertubuhan parti Gerakan adalah satu bukti tentang pentingnya perpaduan rakyat menjadi satu perkara yang diperjuang mendiang Dr Lim. Disebabkan itu, kami merasai pemergian beliau adalah satu kehilangan yang besar bukan sahaja kepada Pulau Pinang tapi negara," katanya.

Katanya, beliau mengenali mendiang secara peribadi sewaktu Dr Lim menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan beliau Menteri Besar Johor.

"Kita mengenali mendiang sebagai seorang negarawan Malaysia yang terulung dan secara langsung rakyat Pulau Pinang khususnya, mengetahui bahawa mendiang adalah pengasas pembangunan Pulau Pinang yang moden, banyak usaha yang telah dilakukan untuk membangunkan Pulau Pinang sebagai negeri perindustrian yang termaju di Malaysia," katanya.

Muhyiddin berkata beliau dan isteri serta bagi pihak kerajaan Malaysia ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga mendiang Dr Lim berikutan kematian beliau.

Muhyiddin yang diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beberapa pemimpin Umno negeri tiba kira-kira 9.30 pagi dan berjumpa dua anak lelaki mendiang iaitu Lim Chien Aun dan Lim Chien Cheng.

Dr Lim, 91, meninggal dunia Rabu lepas setelah hampir sebulan dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat diserang angin ahmar.

Mendiang meninggalkan isteri, Toh Puan Goh Sing Yeng, dua anak lelaki iaitu Chien Aun, Chien Cheng serta dua anak perempuan Lim Pao Lin dan Lim Pao Yen. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain