suria

Salah Guna Kuasa: Empat Pegawai JPJ Mungkin Dibuang Kerja Jika Bersalah

PETALING JAYA: Empat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dituduh menyalahgunakan kuasa akan dikenakan tindakan disiplin jika didapati bersalah di bawah pekeliling perkhidmatan Kerajaan kerana menerima hadiah.

Siasatan ke atas mereka sedang dilakukan oleh jabatan itu berhubungan kutipan sumbangan untuk 'jamuan makan malam' yang kononnya akan dianjurkan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, Kementerian Pengangkutan dan jabatan itu menganggap perbuatan berkenaan sebagai sesuatu yang serius kerana menyalahi Pekeliling Perkhidmatan berkiatan "tatacara penerimanaan dan pemberian hadiah dalam perkhidmatan awam".

“Sehubingan itu, kami lakukan siasasatn dalaman bertujuan mengenakan tindakan disiplin di bawah Peraturan Pegawai Awam (Didiplin dan kelakuan) terhadap pegawai terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Katanya, jika didapati bersalah tindakan disiplin termasuk buang kerja akan dilakukan ke atas mereka yang terlibat.

Difahamkan, jabatan itu telah menukar Pengarah JPJ negeri, Kamal Saad dalam tempoh 24 jam Jumaat lalu.

Timbalannya, Saiful Nur kini memangku jawatan berkenaan.

Kamal akan bersara pada tahun depan.

Para pegawai terbabit dan beberapa yang disyaki yang sedang disiasat SPRM kerana didakwa membuat kutipan tidak sehingga RM660,000 daripada individu dan syarikat untuk jamuan makan malam jabatan berkenaan.

Wang berkenaan dipercayai dikutip antara Jun dan Oktober di bawah nama Kelab Kebajikan dan Sukan jabatan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain