Konvensyen BN Ditunda Ke 4, 5 Disember - Semasa | mStar

Konvensyen BN Ditunda Ke 4, 5 Disember

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk menunda Konvensyen Barisan Nasional yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 November ini kepada 4 dan 5 Disember ini.

Penangguhan itu dibuat bagi menghormati pemergian Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia di kediaman beliau di Tanjung Bungah, Pulau Pinang pada Rabu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa BN amat perihatin dan berduka cita atas kehilangan tokoh besar yang banyak melakar sumbangan terhadap perkembangan politik negara dan merupakan antara pengasas BN.

"Barisan Nasional juga merakamkan takziah kepada keluarga mendiang, Toh Puan Goh Sing Yeng dan empat orang anak beliau," katanya.

Tun Dr. Lim Chong Eu merupakan bekas Presiden MCA dan juga mantan Presiden Gerakan yang pertama selama 9 tahun. Beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun mulai Mei 1969 hingga Oktober 1990.

Beliau memberi sumbangan besar dalam memoden dan merealisasikan pembinaan dua mercu tanda Pulau Pinang iaitu Jambatan Pulau Pinang dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Menurut kenyataan itu lagi, berikutan penangguhan konvensyen itu, para pemimpin dan ahli komponen BN berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Konvensyen yang akan mengumpulkan seramai 2,100 perwakilan tersebut akan membincangkan mengenai 1Malaysia, ekonomi, pembangunan, pendidikan, kebajikan dan kedaulatan undang-undang.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain