suria

Gerakan Sedih Kehilangan Pengasasnya - Koh

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata beliau dan anggota parti itu amat bersedih di atas kehilangan pengasasnya yang paling dihormati, Tun Dr Lim Chong Eu yang selama ini begitu setia memperjuangkan nasib semua rakyat Malaysia.

"Malaysia, Pulau Pinang dan Gerakan telah kehilangan seorang negarawan hebat dan berwawasan iaitu Tun Dr Lim, yang menubuhkan Zon Perdagangan Bebas pertama bagi menarik syarikat multinasional (MNC)eletronik untuk melabur di Pulau Pinang, dan beliau merupakan Bapa Pengindustrian Malaysia yang sebenar," katanya dalam satu kenyataan.

Koh berkata bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga merupakan salah seorang bapa pengasas bangsa di negara ini kerana mengambil bahagian secara aktif ketika proses perbincangan penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

Lim, 91, meninggal dunia di rumahnya di Tanjong Bungah di sini pada 9 malam Rabu.

Sebelum itu, dia dirawat hampir sebulan di Hospital Pulau Pinang selepas diserang angin ahmar, dan dibawa pulang ke rumahnya pada hari yang sama. - BERNAMA

Artikel Lain