Tuanku Mizan Terima Kunjungan Hormat Dewan Perundangan Brunei Darussalam - Semasa | mStar

Tuanku Mizan Terima Kunjungan Hormat Dewan Perundangan Brunei Darussalam

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Perundangan Brunei Darussalam di Istana Negara di sini, pada Rabu.

Kunjungan oleh 12 anggota delegasi tersebut diketuai oleh Speaker Dewan Perundangan Brunei Pengiran Indera Mahkota Anak Dr Kemaludian Muhd Yassin.

Antara delegasi ialah lapan anggota Dewan Perundangan Brunei iaitu Datuk Paduka Awang Idris Abas, Datuk Paduka Awang Puasa Tudin, Datuk Paduka Awang Mohd Yunos Mohd Noh, Awang Bakar Mansor, Datuk Paduka Awang Mohd Taha Abd Rauf, Awang Mohd Shafiee Ahmad, Awang Sulaiman Ahad dan Datuk Paduka Judin Asar.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Kunjungan hormat delegasi Brunei ini merupakan sebahagian daripada atur cara program sepanjang berada di Malaysia sempena lawatan rasmi yang bermula dari 22 Nov hingga 25 Nov ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

TERKINI: DR LIM CHONG EU MENINGGAL DUNIA

Artikel Berikut

Tun Dr Lim Chong Eu Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain