Persidangan MB & KM Di Bawah PR Isnin Depan - Semasa | mStar

Persidangan MB & KM Di Bawah PR Isnin Depan

KUALA LUMPUR: Persidangan menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang akan diadakan di Shah Alam Isnin ini, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan itu ialah ekonomi, infrastruktur dan pelaburan, pembangunan masyarakat dan komunikasi massa.

"Isu-isu lain yang akan dibincangkan termasuklah isu tanah termasuk Felda, Felcra, tanah adat di Sarawak, air, tol dan masalah pekerja," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail.

Ditanya mengenai khabar angin bahawa kemungkinan beliau akan digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan mulai bulan depan berikutan kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dan Apco Worldwide, Anwar berkata beliau tidak dimaklumkan atau menerima sebarang notis mengenainya.

Selain itu, Anwar berkata Majlis Pimpinan negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) pada masa terdekat ini untuk memberi maklumat tambahan kepada SPR mengenai dakwaan pengundi awam menjadi pengundi pos.

Jawatankuasa Pilihan Raya Pembangkang juga akan menyelaraskan mesyuarat dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengenai perkara itu, kata Anwar yang juga Penasihat PKR.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PKR: Lagi Tekanan Salah Laku Pemilihan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal